Home

       

Tiada rezeki berdepan pasukan tuan rumah
Wednesday, October 19, 2016

 


Gambar ramai pasukan negara di kejohanan itu. Gambar Skuad Brunei Darussalam, AFF Suzuki Cup 2016

 

Pasukan Brunei Darussalam tewas 3-0 kepada Pasukan Tuan Rumah Kemboja dalam Kejohanan Piala Suzuki AFF 2016 di Stadium Kebangsaan Olimpik Phnom Pehn, Kemboja, malam tadi.

Meskipun berjaya mencipta ruang untuk menjaringkan gol, namun pemain negara gagal merobek pertahanan Kemboja, sebaliknya tuan rumah pula banyak menguasai perlawanan dan mendapat peluang untuk menjaringkan gol.

Pada 10 minit babak pertama pasukan negara sudah dikejutkan dengan dua gol sebelum bolos lagi pada pertengahan babak pertama dan kedudukan 30 kekal sehingga wisel penamat.

Pasukan Brunei Darussalam akan menentang Pasukan Laos di Stadium RSN, Phnom Pehn pada 21 Oktober ini, sementara tuan rumah pula akan menentang Pasukan Timor Leste yang tewas 2-1 kepada Pasukan Laos lewat petang tadi.

 


 

Source: BruDirect.com

 

Related Links
     
     

Ministry of
Culture, Youth & Sports



 
Official Partnership
 
Official Sponsors
 
Media Supporter
 
 
2013 National Football Association of Brunei Darussalam...