Home

       

back to Speeches

 

Pehin Datu Inderasugara Brigidier Jeneral (B)
Dato Paduka Mohammad Yusof Abu Bakar
Timbalan Presiden NFABD

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Penyertaan
FIFA Basic Goalkeeping Course

Jumaat 8hb Mei 2015

Bismilahirahmanirahim

Yang Mulia Ahli-ahli EXCO NFABD
Yang Mulia Awang Haji Zamri bin DP Haji Hamdani, Setiausaha Agong NFABD
Yang Mulia Haroon Amur Hamed Al Bartamani
Yang Mulia Mr Mike Wong Pengarah Teknikal
Yang Mulia Awang Tamat bin Budin, Ketua Jabatan Referee
Yang Mulia Peserta2 Kursus dan Para Hadirin yang dihormati sekalian

 

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarratuh dan salam sejehtera.

Alhamdulillah Kursus FIFA Basic Goalkeeping bagi tahun ini telah sempurna di jalankan pada 5 8 Mei hasil usaha Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD).

Kursus ini telah di laksanakan oleh FIFA goalkeeping Instructor, Yang Mulia Haroon Amur Hamed Al Bartamani yang di datangkan dari Negara Oman.

Kursus ini telah di sertai oleh sebanyak 23 peserta yang terdiri daripada Persatuan dan Kelab Bolasepak di Negara ini, dan juga peserta dari Kementerian Pedidikan dan Kementerian Kebajikan, Belia dan Sukan. Saya telah di fahamkan bahawa daripada 23 peserta tersebut, 13 adalah dari Daerah Brunei-Muara, 2 dari Daerah Tutong, 2 dari Daerah Temburong, 5 dari Kementerian Pendidikan dan 1 dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Saya berasa bangga dan senang hati kerana terdapat dari kalangan peserta Kursus ini beberapa orang bekas penjaga gol team nasional. Saya berharap semua peserta-peserta akan dapat menggunakan pengetahuan yang telah di perolehi dari kursus ini dalam melatih dan meningkatkan lagi mutu permainan terutama bagi penjaga-penjaga gol muda kita

NFABD sentiasa berusaha dan bergiat aktif secara berterusan dalam meningkatkan kualiti permainan bolasepak dari semua aspek, samada dari segi permainan di perlawanan-perlawanan bolasepak mahupun dari segi pengadilan perlawanan. Oleh yang demikian usaha-usaha untuk mengadakan latihan dan kursus berkenaan akan sentiasa di jalankan dan di adakan dari masa kesemasa. Usaha ini ada lah di sokong penuh dan di galakkan oleh FIFA dan AFC. InsyaAllah, dalam sedikit masa lagi, NFABD akan mengadakan kursus Club Management, yangmana bertujuan untuk membantu kelab-kelab bolasepak di Negara ini dalam mengendalikan dan mengurus kelab masing-masing.

Para hadirin yang di hormati sekalian

On this occasion, I would like to express our deep appreciation and gratitude to Haroon Amur Hamed Al Bartamani for coming over to Brunei all the way from Oman in order to conduct this course, although I know you are very busy and tied up with a lot of responsibilities being engaged by FIFA and AFC to conduct courses in various countries. I am very happy to know that you like being in Brunei Darussalam and find our country pleasant and peaceful.

Di samping itu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta kursus dan sekali lagi saya ingin menekankan supaya abiskita akan menggunakan pengetahuan yang telah diperolehi dari kursus ini demi meningkatkan lagi mutu permainan penjaga gol. Saya juga berharap, pada masa akan datang apabila kursus-kursus seperti ini di adakan oleh NFABD, banyak lagi peserta dari semua daerah akan menyertai. Dengan penyertaaan secara menyeluruh dari semua daerah, maka akan dapat lah kita semua menjalankan usaha dalam memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu permainan bolasepak di Negara ini.

Sekian terima kasih.

Wassalamualaikum warrahmatullahi wabarrakatuh.

 

 

 

 

Related Links
     
     

Ministry of
Culture, Youth & Sports



 
Official Partnership
 
Official Sponsors
 
Media Supporter
 
 
2013 National Football Association of Brunei Darussalam.