Home

       

back to Speeches

 

UCAPAN

PEHIN DATU INDERASUGARA BRIGIDIER JENERAL(B)
DATO PADUKA MOHAMMAD YUSOF ABU BAKAR
TIMBALAN PRESIDEN NFABD

Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan dan Penutup FIFA Elite Youth Coaching Course

Jumaat 22hb Mei 2015

Bismilahirahmanirahim

Yang Mulia Awang Haji Mohd Noor bin Haji Hamid, Ahli EXCO NFABD
Yang Mulia Awang Bujang bin Haji Japar Ahli EXCO NFABD
Yang Mulia Awang Haji Razak bin Haji Hasbullah, Pengarah Pertandingan, NFABD
Yang Mulia Ahmad Bader, FIFA Instructor
Yang Mulia Jurulatih-Jurulatih Bolasepak NFABD
Yang Mulia Peserta2 Kursus dan Para Hadirin yang dihormati sekalian

 

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarratuh dan salam sejehtera.

Alhamdulillah, FIFA Elite Coaching Youth Course bagi tahun 2015 ini telah sempurna di kendalikan oleh Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD) di sepanjang minggu ini.

Kursus ini telah di laksanakan oleh FIFA Elite Youth Coach Instructor ia itu Mr Ahmad Bader yang di datangkan dari Negara Kuwait.

Kursus ini telah di sertai oleh seramai 29 peserta ia itu 1 dari Daerah Tutong, 3 dari Daerah Temburong dan selebihnya adalah dari Daerah Brunei-Muara termasok peserta-peserta dari Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Saya juga di fahamkan bahawa majority dari peserta-peserta ini sudah memperolehi AFC B dan C Certificate Coaching Course yang di anjurkan oleh NFABD sebelum ini.

Seperti yang di nyatakan oleh Mr Ahmad Bader semasa majlis pembukaan kursus awal minggu ini, NFABD juga berpendapat bahawa demi untuk melahirkan pemain-pemain yang berkualiti kita mestilah mempunyai jurulatih-jurulatih bolasepak yang baik, tetapi untuk mendapatkan jurulatih-jurulatih yang baik, mereka mestilah mengikuti kursus-kursus yang bermutu tinggi yang dapat di nilai oleh FIFA sebagai pencapaian yang bertaraf antarabangsa. Oleh yang demikian NFABD berharap dengan ada nya jurulatih-jurulatih yang berkelulusan tinggi ini akan dapat di gunakan sebaik mungkin oleh persatuan-persatuan dan kelab-kelab bolasepak samada di bawah naungan NFABD dan yang ada terdapat di Kementerian-Kementerian mahupun di sector awam.

Kepada para peserta kursus, saya berharap agar abiskita semua dapat menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang telah di perolehi semasa kursus ini untuk meningkatkan lagi kualiti permainan di peringkat belia dan anak-anak muda yang mana mereka ini lah nanti akan menjadi pemain bolasepak Negara yang dapat di ketengahkan di apa jua perlawanan dan liga samada peringkat nasioanl mahu pun antarabangsa. Saya juga berharap agar jurulatih-jurulatih yang berkelulusan ini akan dapat bekerjasama dan sentiasa bergabung dan berunding sesama abiskita dan juga bersama Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam semata-mata untuk kemajuan bolasepak dan pemain-pemain Negara.

Ladies and Gentlemen,

On this occasion, I would like to express our deep appreciation and gratitude to Mr Ahmad Bader for coming over to Brunei all the way from Kuwait in order to conduct this FIFA Elite Youth Coaching Course. I hope you have a pleasant stay in Brunei and have the opportunity to tour around and enjoy the beauty and peaceful atmosphere of our country, although I know you have a very tight schedule.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta kursus, dan seterusnya saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam mengendalikan kursus ini dengan jaya nya, terutama sekali pegawai-pegawai dari Jabatan Teknikal NFABD.

Sekian terima kasih.

Wassalamualaikum warrahmatullahi wabarrakatuh.

 

 

 

Related Links
     
     

Ministry of
Culture, Youth & Sports



 
Official Partnership
 
Official Sponsors
 
Media Supporter
 
 
2013 National Football Association of Brunei Darussalam.