Home

       

back to Speeches

 

Haji Muhd Zamri Bin Dato Paduka Haji Hamdani
Setiausaha Agong NFABD

Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman Antara Persatuan Bosepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD) dan Politeknik Brunei

Pada 23 November 2015
Jam 2.30 Petang
Bertempat Di NFABD House

Bismillahir Rahmanir Rahim,


Mengadap kehadapan Majlis Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Presiden Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD).


Mengalu-alukan kehadiran,


Yang Berhormat, Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Menteri Pendidikan


Yang Mulia, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Pendidikan


Yang Mulia, Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan


Yang Mulia, Awang Haji Madli bin Haji Md Yusof, Pemangku Timbalan Presiden NFABD selaku Pengerusi Bersama Majlis


Yang Mulia, Awang Denis Ho Mun Tai, Pemangku Pengarah Politeknik Brunei selaku Pengerusi Bersama Majlis


Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pendidikan, Ahli-Ahli ExCO NFABD, Ahli-Ahli Jawatan Kuasa, Para Penuntut, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekelian.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Beribu ampun,


Sukacita memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izinnya jua kita dapat berhimpun pada petang ini di majlis yang penuh signifikan lagi berkebajikan ini.


Terlebih dahulu hamba duli tuanku bagi mewakili NFABD dengan penuh hormat dan takzim, sukacita menyembahkan ucapan setinggi-tinggi menjunjung kasih diatas keberangkatan Duli tuanku ke Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman antara NFABD dan Politeknik Brunei pada petang ini.


Sesungguhnya, keberangkatan Duli tuanku, merupakan satu endorsement dan komitmen yang berterusan dari Duli Tuanku kepada perkembangan bolasepak diNegara ini.


Beribu ampun,


Secara rengkasnya, sukacita hamba duli tuanku menyembahkan bahawa dengan termeterainya Penandatangan Memorandum Persefahaman ini, NFABD telah mencapai, satu lagi milestone pada usianya yang masih muda.


Dalam hal berkaitan ini, NFABD ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Politeknik Brunei, diatas inisiatif dan usahanya untuk melibatkan penuntut-penuntut, bagi mengikuti program Extra Curricular Activities sebagai salah satu module dalam kursus-kursus yang diadakan di Institusi tersebut. Terima kasih juga diucapkan kepada Politeknik Brunei diatas kepercayaan kepada NFABD untuk memberikan khidmat teknikal dalam kursus-kursus kejurulatihan bolasepak dan pengadilan bolasepak yang dianjurkan kelak.


Hamba duli tuanku penuh percaya dan berharap, kerjasama antara kedua belah pihak ini, akan dapat menghasilkan bilangan sumber tenaga manusia dalam bidang-bidang tersebut, bukan saja dari segi kuantiti bahkan juga dari segi kualiti.


Sekianlah saja sembah ucapan hamba duli tuanku. Sebelum mengundur diri, hamba duli tuanku sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi ucapan menjunjung kasih diatas keberangkatan Duli tuanku ke Majlis pada petang ini, dan hamba duli tuanku menjunjung ampun sekiranya terdapat suruk langkah dalam pengendalian majlis ini.


Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan, Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan serta hadirin dan hadirat sekelian kerana sudi hadir ke majlis ini.


Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah, Wassala Mualaikum


Warahmatullahi Wabarakatuh.


Hamba duli tuanku menjunjung anugeraha

 

 

 

Related Links
     
     

Ministry of
Culture, Youth & Sports



 
Official Partnership
 
Official Sponsors
 
Media Supporter
 
 
2013 © National Football Association of Brunei Darussalam.