Home

       

back to Speeches

 

ACTING DEPUTY PRESIDEN NFABD


In conjunction with the Signing Ceremony Tajaan DST 2016

on 19th February 2016 at Level 12, DST Headquarters

Bismillahirahmanirahim

Yang Mulia,
Awang Haji Abdul Latif Bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Md Yussof, Ahli Lembaga DST


Yang Mulia,
Awang Haji Suhaimi Bin Awang Haji Hussain, CEO DST

Yang Mulia, Pegawai-Pegawai Kanan DST

Yang Mulia pegawai-pegawai DST, ahli-ahli jawatankuasa eksekutif NFABD, pengurus-pengurus kelab pasukan yang akan bertanding, para media, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, kerana dengan hidayat dan inayahnya jua, kita dapat bersama-sama berkumpul pada hari ini, untuk menyaksikan majlis yang bersejarah dan penuh berkebajikan ini.

Selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kaum kerabat dan para sahabat baginda yang setia lagi amanah hingga akhir zaman.


Terlebih dahulu dan di kesempatan ini peramba/ saya bagi pihak Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali’ Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Presiden Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD) dan peramba/ saya mewakili seluruh warga dan ahli-ahli jawatankuasa sksekutif NFABD untuk mengucapkan penghargaan setinggi terima kasih kepada pihak DST atas sokongan dan bantuan serta kerjasama yang diberikan secara berterusan dalam bentuk tajaan, yang dengan nya NFABD dapat menganjurkan secara midah dan berterusan kejohanan bolasepak yang teringgi di Negara ini.


Adalah diakui NFABD selaku orginasasi yang bertanggongjawab sepenuhnya terhadap perkembangan dan kemajuan bolasepak dan Futasal di Negara ini. Semenjak mula penunuhannya telah menampakkan banyak kemajuan yang telah dicapai, yang manarik perhatian khususnya dalam negeri dan peringkat rantau am nya, yang mana baru-baru ini NFABD telah pun dianugerahkan AFC GRASSROOTS AWARDS FOR ASPIRING MEMBER ASSOCIATION, ia itu satu pengikitirafan dunia bolasepak yang sangat tinggi nilainya. Ini adalah bukti kemajuan yang telah dicapai. Alhamdulilah. Begitu jua setiap musim atau setiap tahun, NFABD menyediakan dan menyusun perancangan nya.


Kejayaan NFABD yang ada pada masa ini tidak akan dapat dicapai sepenuhnya tetapi ianya adalah disebabkan adanya kerjasama dan sokongan serta bantuan dari agensi-agensi kerajaan dan swasta yang berterusan. Sebagai contoh yang terbaik ialah kerjasama dan sokongan serta bantuan dari pihak DST. Maka itulah NFABD mengharapkan ada lagi pihak-pihak yang lain akan dapat tampil mengikut langkah seperti yang telah disumbangkan oleh pihak DST ini.


Ingin juga peramba/ saya menyampaikan di sini, semenjak kejohanan bolasepajk Negara yang Tajaan dari DST in, telah banyak mendatangkan faedah serta keuntungan kepada Negar, yang antara lain nya iala, dapat mengcungkil dan banyak melahirkan pemain-pemain untuk diserapkan dan mewakili pemain pasukan Negara bagi menyertai dikejohanan serantau.


Setelah sempurnanya sahaja, penandatanganan sumbangan Tajaan DST ini, maka bermulanya tirai secara rasmi bagi sesi tahun 2016 kejohanan bolasepak Liga Super Brunei DST,Liga Perdana Brunei DST,Piala FA Cup Brunei DST dan Piala Sumbangsih Brunei DST 2016 . Kepada Kelab-kelab pasukan yang telah banyak mengikuti kejohanan ini NFABD dan DST mengucapkan selamat bertanding. SAyugia juga di ingkatkan dan di nasihatkan kepada semua pengurus-pengurus dan jurulatih-jurulatih serta pemain-pemain kelab yang terlibat dalam kejohanan ini, didalam usaha mencapai kemenagan dan kejuaraan hendaklah menanamkan displin yang tinggi dan beretika serta mematuhi peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang telah disediakan. Semua ini adalah penting dan utama serta ianya sebagai asas kejohanan ini akan berjalan dengan baik, teratur, Berjaya dan berkesan sekaligus akan mengangkat taraf kejohanan yang lebih berkualiti.


Untuk akhirnya, sekali lagi peramba/ saya mewakili NFABD mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pihak DST diatas sumbangan Tajaan yang berterusan kepada NFABD. Ucapan terima kasih juga kepada pihak media-media tempatan yang sentiasa melaporkan perkembangan bolasepak Negara dan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir di majlis ini.


Sekian, Wabilahitaufik Walhidayah Wasalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 

 

 

Related Links
     
     

Ministry of
Culture, Youth & Sports



 
Official Partnership
 
Official Sponsors
 
Media Supporter
 
 
2013 © National Football Association of Brunei Darussalam.