Home

       

back to Speeches

 

Speech


FIFA GRASSROOTS COACHING COURSE

on 4th October 2016 at Multipurpose Hall and Artificiall Grass Field at NFABD House

Bismillahhir Rahmanir Rahim

Yang mulia, Dato Yap Nyim Keong Instructor Kursus FIFA GRASSROOTS COACHING COURSE  

Peserta Peserta kursus dan Hadirin yang dihormati sekalian

Assalamualaikum Waramatullahi Wabarakatuh

Selamat Pagi dan Salam Sajehtera.

Terlabih dahulu saya sukacita mengucapkan terima kaseh diatas jemputan yang telah diberikan kepada saya selaku tetamu kehormat pada pagi ini bagi merasmikan FIFA GRASSROOTS COACHING COURSE 2016.

Kepada Yang Mulia, Dato Yap Nyim Keong Instructor Kursus kami mengucapkan selamat datang ke Negara Brunei Darussalam dan Kami berharap Yang Mulia,Dato dapat menikmati keindahan Negara Brunei Darussalam.

Kepada peserta peserta kursus saya sukacita mengucapkan tahniah kerana telah terpilih untuk mengikuti kursus FIFA GRASSROOTS COACHING COURSE Bagi Tahun 2016.

Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ( NFABD ) dari masa kesemasa akan terus menganjurkan kursus-kursus kejurulatihan demi untuk meningkatkan mutu kejurulatihan jurulatih tempatan terutama sekali jurulatih jurulatih Peringkat Akar Umbi (Grassroots level). 

Sebagaimana dimaklumi bahawa bermula daripada tahun 2014 hinggalah ke hari ini Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ( NFABD ) telah membuat program program latihan bagi pemain pemain peringkat umor 12 tahun sehinggalah peringkat umor 18 tahun dan daripada itu terbentuklah pasukan dibawah umor 12 tahun, pasukan dibawah umor 14 tahun, pasukan dibawah umor 15 tahun, pasukan dibawah umor 16 tahun sehinggalah pasukan yang dipanggil sebagai pasukan Tabuan Muda. Semua ini adalah hasil usaha yang gigih daripada Jurulatih-lurulatih yang ada di

Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ( NFABD ) yang khusus di tumpukan kepada perkembangan bolasepak peringkat akar umbi ( Grassroots level ) 

Seiring dengan itu juga Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ( NFABD ) akan menganjurkan kejohanan liga bolasepak di peringkat umor 16 tahun kebawah.Dengan tujuan untuk meningkatkan perkembangan dan mutu bolasepak dinegara ini dan dapat melahirkan  pemain pemain muda yang berbakat untuk kita jadikan sebagai pasukan pelapis dalam persiapan kita menyertai kejohanan Bolasepak serantau dan antarabangsa. 

Menerusi program program latihan bolasepak yang saya sebutkan diatas diharapkan para jurulatih-jurulatih yang ikut kursus pada hari ini akan dapat mengorak langkah untuk melatih dan mencari pemain pemain muda yang berbakat dan berpotensi untuk dijadikan sebuah pasukan bolasepak.       

Melalui kursus para Jurulatih ikuti bermula pada hari ini iaitu FIFA GRASSROOTS COACHING COURSE 2016 ini akan dapat membawa jurulatih-jurulatih untuk  memperolehi kaedah-kaedah, teknik dan taktik  bolasepak dengan lebih baik dan berkesan untuk digunapakai semasa melatih pasukan nanti.  

Dengan adanya commitment abiskita itu nanti peluang abiskita untuk menjadi Jurulatih, Penolong Jurulatih dan Pembantu jurulatih untuk pasukan bolasepak peringkat grassroot adalah terbuka luas.

Dengan kalimah ‘Bismillahi Rahmanir Rahim’, Maka saya dengan sukacitanya merasmikan FIFA GRASSROOTS COACHING COURSE 2015

 

Sekian

Wabillahi Taufik Walhidayah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

 

 

 

Related Linksfont>/b>
     
     

Ministry of
Culture, Youth & Sports



 
Official Partnership
 
Official Sponsors
 
Media Supporter
 
 
2013 © National Football Association of Brunei Darussalam.