KBFC Logo

Sejak Daerah Belait menganjurkan Liga Daerah Belait pada tahun 2019, pasukan KB FC telah berjaya mencipta rekod menjuarai dalam liga tersebut.

Dari sana, semangat kental pemain muda KB FC tidak pernah padam lebih-lebih lagi pemain-pemainnya adalah terdiri daripada mereka yang berusia 35 tahun ke bawah.

Menurut jurulatih KB FC, Kambri ketika diwawancara, menjelaskan kesemua pemain-pemain KB FC mempunyai potensi besar untuk maju ke depan dan mempunyai semangat yang tinggi untuk mengikuti Liga Brunei.

Di atas sokongan dan dorongan daripada orang ramai terutama pihak NFABD, KB FC berjaya menyertai Liga Brunei buat kali pertamanya pada tahun ini.

Pada masa ini, pasukan KB FC menjalani latihan rapi di Kompleks Sukan Mumong.

Awang Kambri menyasarkan pasukannya akan mencuba cari peluang yang terbaik dan tidak akan putus semangat untuk menyertai acara LIga Brunei buat pertama kali. Menurutnya lagi, kebanyakan pemain-pemain KB FC adalah terdiri daripada pemain Kelab bola sepak yang lain dan mempunyai pengalaman dalam menyertai perlawanan Bola Sepak peringkat kebangsaan.

Beliau menjelaskan lagi kesemua pemainnya adalah pemain yang terbaik dan mampu memberikan kerjasama pasukan yang cemerlang.

KB FC juga menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Persatuan Bolasepak Daerah Belait (PBDB) atas dorongan vuntuk menggunakan padang Kompleks Sukan Mumong bagi menjalani latihan-latihan.

Leagues
Brunei Super League
Seasons
2021